Semua orang kenal dengan mulut puaka Chef Wan yang menuduh dan membuat spekulasi mengenai isu skandal tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Kuala Lumpur yang kini sedang panas dan membara di negara kita. Chef Wan ini sama seperti penyanyi tak laku Sheila Majid yang telah dikecam dengan hebat sekali oleh penyokong Barisan Nasional kerana sering kali menyentuh semasa.
Dalam satu tulisan Instagram dengan tajuk yang keras ''Dulu Felda, sekarang 'failed' dah'' mulut puaka Chef Wan telah memfitnah kononnya apa yang berlaku ke atas Felda ini telah menyebabkan keseluruhan kaum keluarga peneroka Felda kini hilang kepercayaan kepada pihak pengurusannya.
Mulut Puaka Chef Wan tidak perlu memberikan komen-komen tentang isu-isu negara kerana mulut puaka hanya layak memberikan pandangan dan pendapat tentang makanan, sudu, garfu dan hal ehwal dapur sahaja.
Untuk mulut puaka ini, lebih baik tunggu hasil siasatan daripada SPRM sebelum umumkan ke langkah yang seterusnya. Janganlah berlagak suci, cerdik bijak dan hebat Chef Wan terutama sekali dalam isu-isu negara, nanti akan mengeruhkan dan merosakkan lagi keadaan.
Kesimpulannya kalau benar Chef Wan mahu jadi ahli politik dan bersuara lantang turunlah padang jadi ahli politik yang sebenar bukannya mengkritik kerajaan dalam media sosial, ini pengecut namanya!!!
No comments:
Post a Comment