Tuesday, 16 January 2018

HIPOTESIS PENASIHAT INVOKE RAFIZI SALAH, RINGGIT PULIH JIKA NAJIB BERUNDUR, TETAPI KINI NILAI RINGGIT SEMAKIN KUKUH DI BAWAH PM NAJIB, SEPATUTNYA RAFIZI YANG BERUNDUR!


Suatu ketika dahulu penasihat INVOKE merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pernah mengeluarkan hipotesisnya sendiri berkaitan dengan nilai mata wang Ringgit.

Kedengarannya agak melucukan dan tidak profesional apabila pemimpin PKR ini mengatakan bahawa nilai Ringgit akan kembali pulih jika Datuk Seri Najib Tun Razak berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Benarkah nilai mata wang bagi sesebuah negara yang menjunam akan kembali pulih apabila pemimpin nombor 1 mereka berundur?? Dari manakah fakta yang dipetik oleh pemimpin PKR ini??

Menurut, Rafizi Ramli, bagi memulihkan kadar tukaran matawang Ringgit, Datuk Seri Najib Tun Razak perlulah meletak jawatan bagi memulihkan matawang Ringgit yang kini kian merosot.

Sebenarnya Rafizi kini dalam dilemma kerana hipotesisnya ternyata tidak benar apabila nilai mata wang Ringgit semakin kukuh di awal tahun 2018 walaupun pernah melepasi angka 4. Ringgit juga diramal naik ke paras RM3.95 berbanding 1 dolar AS minggu ini. 

Kini hipotesis Rafizi itu bagaikan meludah ke langit dan terkena muka dan batang hidungnya sendiri dan ternyata kenyataan yang dikeluarkan olehnya tidak benar sama sekali. Dalam hal ini Rafizi lah yang sepatutnya berundur kerana memberi hipotesis yang salah!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...