Wednesday, 3 January 2018

MAHATHIR PERJUANGKAN PPBM UNTUK MUKHRIZ BERKUASA DAN JADI PM



Pilihan Raya Umum Ke-14 semakin hampir dan sekarang ini semua parti sedang berlumba-lumba memilih dan menyediakan calon yang paling layak mewakili mereka dan seterusnya memenangi kerusi yang ditandingi. Kalau kita dapat melihat Mahathir mendominasi sebarang keputusan dalam parti PPBM. Nampaknya Mahathir mendahului dalam parti PPBM. 

Tetapi adakah penyokong tegar PPBM nampak semua kelemahan ini? Kita semua sudah boleh menjangkakan rentak susunan Mahathir, malah  ramai ahli pemerhati politik dan mereka amat pasti PPBM amat bergantung harap kepada glamour Mahathir bagi terus memayungi PPBM. Inilah permainan politik yang sangat melicikkan melibatkan Mahathir dalam memastikan Mukhriz menjadi Perdana Menteri. 

Rakyat sentiasa memerhatikan dengan penuh minat kelicikan dan kehebatan permainan politik Mahathir. Hakikatnya Mahathir akan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Mahathir begitu berkuasa dalam PPBM, tidak ada sesiapa yang boleh membantah dan menghalang keinginan dan kemahuan Mahathir.

Kesimpulannya Mahathir sanggup melakukan apa sahaja agar anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Dirinya tidak akan sekali-kali berundur dari dunia politik dan seterusnya memastikan nama dan kuasanya sentiasa megah dalam parti berkenaan untuk melantik anaknya Mukhriz sebagai pewaris PPBM dan menjawat jawatan Perdana Menteri.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 


No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...