Monday, 22 January 2018

KENAPA AZMIN PERLU 'DIMATIKAN' DALAM PH?



Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, Mohamed Azmin dilihat sebagai ‘racun’ dan perlu dikeluarkan daripada Pakatan Harapan kerana secara terang-terangan menunjukkan perbezaan pendapatnya terhadap Dr. Mahathir dan seterusnya kepada anak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau mendakwa, misi Mohamed Azmin untuk menyekat laluan Dr. Mahathir sekali gus menyekat karier politik Mukhriz melalui ke­nyataan-kenyataan tajamnya baru-baru ini menjadi punca mengapa Timbalan Presiden PKR itu perlu ‘dimatikan’ dalam Pakatan Harapan.

Walaupun kita tahu Azmin Ali adalah protege kepada mentornya Dr Mahathir, namun apabila memikirkan dia memang terkenal dengan tamak kuasa dan mahu menjadi PM lebih awal di dalam usia yang muda akan menjadikan perebutan jawatan PM serta serangan kepada keturunan Dr Mahathir semakin menjadi-jadi.

Minggu lalu, dua skandal lama melibatkan Mohamed Azmin dibangkitkan semula selepas Menteri Besar Sela­ngor itu membuat kenyataan tajam mengenai pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mohamed Azmin turut dilihat mempersenda Dr. Mahathir dengan menawarkan kerusi Parlimen Gombak kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Raja Petra turut mempersoalkan sama ada amaran itu adalah supaya beliau menjaga tindak-tanduknya dan adakah lebih banyak skandal akan terdedah jika Mohamed Azmin ingkar.

Jika kita merujuk kenyataan Rafizi Ramli yang telah mendedahkan beberapa maklumat Rasuah Seks Kerajaan Selangor kepada SPRM membuktikan bahawa MB Selangor itu adalah buas kaki perempuan dan sebagainya. 

Azmin Ali perlu ingat, dia mahu menyerang orang lain akan tetapi dirinya sendiri telah terpalit dengan tahi lembu kerana perbuatan buruknya yang tamak dan mengamalkan pentadbiran yang tidak adil selepas diangkat PAS menyandang jawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...