Presiden PAS, Hadi Awang memulangkan paku buah kerasnya rerhadap serangan Mahathir kerana Mahathir sudah semakin melampau setelah melabelnya kafir dan pengkhianat kerana mengadakan kerjasama dengan UMNO. Walau apa juga tohmahan dan cacian dilemparkan oleh Mahathir itu cukup berat, tetapi Hadi tetap memaafkan Mahathir dan mengharapkan Mahathir insaf atas segala perbuatan yang dilakukannya selama ini.
Mahathir menyerang PAS dengan sengaja membangkitkan dan menimbulkan isu kafir mengkafir bagi menanam perasaan benci terhadap PAS dan menjauhkan masyarakat Islam daripada PAS. Inilah strategi Mahathir ketika dirinya masih lagi menjadi Perdana Menteri sebelum ini. Mahathir semakin berundur ke belakang dan dirinya mempunyai rekod yang kurang baik terhadap agenda Islam seperti menghapuskan geran perkapita sekolah agama rakyat untuk kembali ke tampuk pemerintahan dan pentadbiran. Mahathir usahlah berundur ke belakang.
Mahathir menyerang PAS dalam agenda yang sama, amanat Hadi sebelum ini dijadikan sasaran kononnya penyebab kepada perpecahan. Mahathir menyerang PAS kononnya Hadi menjelaskan dasar dan prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar dan menjelaskan perkara yang boleh membatalkan Syahadah, ini adalah tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.
Kesimpulannya Mahathir benci apabila PAS membawa Islam, memandangkan rekod Islam Mahathir yang begitu buruk apatah lagi PAS menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan UMNO, akan membuatkan lagi Mahathir membenci dan menyerang PAS.
No comments:
Post a Comment