Pakatan Harapan suka untuk menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Najib bertindak menindas demokrasi dengan menidakkan hak untuk rakyat bersuara. Sikap hipokrit ini adalah sangat ketara memandangkan di sebalik melaung-laungkan tuduhan bahawa Najib memusnahkan demokrasi, Pakatan dengan bangganya mengangkat Mahathir yang diketahu umum bertindak keras terhadap sebarang penentangan semasa pemerintahan beliau. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan merasa sendiri tindakan oleh Mahathir.
Tetapi, dengan Mahathir diangkat sebagai calon Perdana Menteri (PM) Pakatan Harapan, DAP berasa teruja untuk mencontohi pemimpin berkenaan di dalam menindas hak bersuara di dalam parti.
Baru-baru ini ni, anak perempuan kepada mendiang pemimpin kanan DAP, Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan mengumumkan Mahathir sebagai calon PM. Beliau menyatakan bahawa pemilihan Mahathir jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang ketandusan calon lain untuk menjawat jawatan tersebut selain kekurangan strategi gabungan itu pada masa depan.
Selain itu, Sangeet jelas menyatakan tumpuan Pakatan Harapan jelas tersasar dari dasar pembangunan dan sebaliknya mengfokuskan prinsip politik personaliti.
Pendapat jujur Sangeet jelas tidak disukai oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng, di dalam respons beliau kepada pandangan Sangeet menyatakan pemilihan Mahathir mendapat sokongan pemimpin-pemimpin parti. Pemimpin-pemimpin seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan sekutu-sekutu mereka dan bukannya ahli-ahli biasa parti.
Selain itu, Lim Guan Eng juga telah memberikan amaran halus kepada Sangeet dengan menyatakan bahawa kebanyakan mereka yang tidak menyokong (pemilihan Mahathir sebagai calon PM) tidak lagi berada di dalam DAP. Pernyataan ini jelas mengingatkan Sangeet bahawa beliau hendaklah mendiamkan diri jika tidak mahu disingkirkan dari DAP.
Persoalannya, adakah parti hipokrit macam ini layak mendakwa memperjuangkan demokrasi. DAP patut mengubah terus namanya dari “Democratic Action Party” kepada “Dictatorship Authority Party”.
No comments:
Post a Comment