Wednesday, 17 January 2018

DAP PERGUNAKAN PARTI KOMPONEN PH UNTUK BERPERANG PRU14


DAP kini ibarat sebuah parti yang hanya pandai menyelamatkan diri mereka sahaja apabila menggunakan strategi 'ambil kesempatan' ke atas parti-parti komponen yang lain dalam Pakatan Harapan (PH) seperti PPBM, PKR dan AMANAH.

Lihat sahaja, tindakan DAP yang hanya menyelamatkan diri mereka sahaja apabila hanya bertanding di kerusi-kerusi selamat mereka iaitu di kerusi-kerusi yang hanya dimenangi mereka. 

Sebanyak 35 kerusi akan dipertandingkan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti dan berdasarkan kepada rekod PRU13 lalu sebanyak 30 kerusi yang telah dimenangi DAP. 5 kerusi tambahan adalah kerusi-kerusi yang akan cuba dirampas DAP dari Barisan Nasional (BN).

Manakala PPBM diagihkan 52 kerusi, PKR 51 kerusi dan AMANAH 27 kerusi jelas menunjukkan bahawa DAP sengaja membiarkan parti komponennya berperang dengan lawan BN dan PAS. 

Hakikatnya PPBM dan AMANAH merupakan parti baru yang belum memberi sebarang impak kepada politik negara.

Tindakan ini seolah-olah seperti menghantar askar-askar ke medan perang tanpa senjata. Ini yang sedang berlaku dalam PH dan DAP sengaja menggunakan taktik ini untuk keuntungan mereka sahaja. Apa yang kita lihat sekarang DAP kini sedang menggunakan taktik 'play safe' untuk PRU14. Kita lihat siapa yang kena PRU14 nanti!



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...