Mahathir sangat terdesak mahu menjadikan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan menyerang Najib sehinggalah dirinya memutuskan hubungan dengan UMNO dan Barisan Nasional. Sedar atau tidak sedar bahawa segala tuduhan, tohmahan dan cacian yang dilemparkan oleh Mahathir tidak mendapat sebarang sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Mahathir menubuhkan parti yang diberi nama PPBM, parti yang ditubuhkan bermatlamatkan menumbangkan dan menewaskan Najib dan UMNO dan seterusnya menumpukan usahanya untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama bersama-sama dengan parti pembangkang Pakatan Harapan.
Mahathir sedar Pakatan Harapan adalah parti yang lemah kerana parti berkenaan bersifat menikam PAS dari belakang, dan seterusnya DAP sebagai ketua Pakatan Harapan telah bertindak membubarkan Pakatan Rakyat dan seterusnya membentuk Pakatan Harapan bersama-sama dengan PKR dan PAN, di mana ia adalah sebuah parti di bawah kawalan DAP yang dibentuk oleh bekas ahli-ahli PAS yang pro DAP. Majoriti rakyat sekarang ini semakin sedar akan perjuangan Mahathir dan Pakatan Harapan yang hanyalah akan mengundang malapetaka dan balabencana yang akhirnya akan menyusahkan rakyat.
Kesimpulannya perhimpunan ini tidak mendatangkan sebarang hasil melainkan hanyalah perhimpunan yang menghentam dan menyerang Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment