Apakah kewajaran syarikat fesyen tempatan, Voir Holding menjadi pemegang saham terbesar dalam projek pembinaan mega terowong dasar laut di Pulau Pinang. Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong kepada orang ramai dan cuba bermain umpan dalam isu ini?
Rakyat berhak mengetahui kisah di sebalik pemberian kontrak berbilion ringgit kepada syarikat yang majoriti sahamnya dipegang oleh syarikat fesyen.
Sebelum ini iaitu pada awal 2013, ketika ramai mengkritik pemberian projek mega bernilai RM6.3 bilion ini kepada syarikat konsesi kenderaan kegunaan khas (SPV) yang disenaraikan sebagai sebuah syarikat di bawah modal.
Bagi menangkis kritikan itu dan untuk meyakinkan orang ramai, kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan memaklumkan dua syarikat pembinaan gergasi dan berpengalaman luas dari China merupakan pemegang saham terbesar dengan modal berbayar RM4.6 bilion.
Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh parti MCA mendapati kedua-dua syarikat gergasi dari China itu tiada lagi dalam senarai pemegang saham SPV manakala 39 peratus saham lagi dipegang individu lain.
Persoalan yang perlu ditujukan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang ialah apakah signifikannya buat syarikat fesyen tempatan ini diberi kontrak dalam pembinaan projek terowong mega di Pulau Pinang? Apa pula pengalaman yang ada pada syarikat fesyen ini dalam projek pembinaan terowong mega sehingga menjadi pemegang terbesar projek ini?
Ternyata pemberian kontrak kepada projek infrastruktur yang kononnya dikatakan diberikan melalui persaingan terbuka itu adalah tidak sah dan sangat mengelirukan sama sekali. DAP Pulau Pinang berbohong kepada rakyat khususnya rakyat Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment