Monday, 15 January 2018

HIKMAH PUTUSNYA TAHALUF SIYASI PAS-DAP



Dulu PAS lebih kurang seperti PAN sekarang ini, yang sering optimis dengan DAP, berkasar dengan UMNO dan mana-mana parti Melayu Islam yang tidak sehaluan atau menyokong tahaluf siyasi PAS-DAP.Walaupun DAP banyak menentang Islam pada ketika itu, seperti hudud dan sebagainya tetapi PAS hanya berlapang dada dan mendakwa kononnya tindakan tersebut adalah sebahagian dari 'dakwah'. Slogan 'rahmatan lil alamin' yang sering dipergunakan oleh PAN sekarang bukanlah perkara yang baru, malah telah digunakan sejak PAS bertahaluf siyasi dengan DAP lagi. Malah golongan-golongan liberal juga dilihat menyenangi PAS berbanding UMNO ketika itu.

Walaubagaimanapun, hikmah wujudnya Dewan Ulama PAS yang menjadi tunjang atau 'veto' di dalam struktur organisasi PAS menjadi halangan untuk para parasit bermaharajalela mencorakkan fikrah jemaah serta menentukan halatuju dan keaslian perjuangan PAS. Akhirnya, kebenaran bahawa wujudnya 'parasit-parasit PAS' dibuktikan selepas lebih 3-5 tahun. Ada yang tubuh parti baru, ada yang sertai parti lain, ada juga yang menghilangkan diri.

Alhamdulillah, PAS kini sudah tiada apa-apa hubungan dengan DAP, malah telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Putusnya tahaluf siyasi dengan PKR juga penting kerana PKR seringkali menggunakan fitnah sebagai modus operandi untuk berpolitik. Mana mungkin sebuah parti Islam boleh bersahabat rapat dengan penipu dan pembohong lebih-lebih lagi PKR seringkali dilihat sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesimpulannya putusnya tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR dilihat sebagai perubahan yang besar dalam lanskap politik negara, dan semestinya sangat menguntungkan umat Islam. Saya berharap agar PAS istiqamah dan teguh dengan prinsip dan pendekatan seperti sekarang!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...