DR MAHATHIR TERUS DIPERGUNAKAN DAP |
Sekarang semakin jelas bahawa DAP ialah 'parti dominan' dalam Pakatan Harapan dengan Lim Kit Siang sebagai pemimpin 'de facto' yang bijak mengatur percaturan dan mencorakkan penampilan Pakatan Harapan. Mereka kini menggunakan strategi Ali Baba dengan meletakkan pemimpin Melayu di barisan hadapan tetapi 'master mind' sebenarnya berada di belakang tabir.
Mengapa DAP dan Kit Siang kini mendominasi Pakatan Harapan? Ini kerana pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Pakatan mula merosot, mereka memerlukan seorang tokoh Melayu yang baru di barisan hadapan sebagai topeng dan badut untuk melakukan kerja-kerja mereka. DAP dan Kit Siang sedar bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka bulat-bulat.
Mereka tidak menaruh kepercayaan kepada pemimpin rakan-rakan dalam Pakatan seperti Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) atau Mohamad Sabu (Amanah), tetapi sebaliknya memilih untuk membentuk pakatan baharu dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan mengetahui sepenuhnya bekas perdana menteri itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 dan bahawa partinya hanya mempunyai satu kerusi di parlimen.
DAP dan Kit Siang mengambil keputusan ini berdasarkan pengalaman dan pengaruh Mahathir. Tetapi ini jelas hipokrit kerana parti-parti pembangkang melancarkan gerakan reformasi yang terang-terang menentang Mahathir. Kit Siang menggunakan musuh lamanya dan orang yang pernah menyebabkan beliau meringkuk dalam tahanan untuk menerajui cabaran DAP di kawasan-kawasan yang menjadi kubu orang Melayu.
Itulah sebabnya mengapa mereka membiarkan Mahathir bercakap mengenai dasar. Tujuan utama DAP ialah untuk menambat hati pengundi Melayu dan untuk menarik sokongan orang Melayu. Bagi Kit Siang secara peribadi, ikatannya dengan Mahathir adalah untuk memadamkan imejnya sebagai anti Melayu dan anti Islam. Liciknya strategi politik yang digunakan DAP kerana mempergunakan orang Melayu.
Perlu diingatkan di sini kepada orang-orang Melayu, DAP adalah kuasa sebenar di belakang pembangkang. Bagaimanapun, DAP kini dalan keadaan panik kerana telah sedar bahawa orang Melayu mulai menyedari apa yang sedang berlaku dan dalang sebenarnya ialah Kit Siang. Ayuh semua tumbangkan DAP dan Lim Kit Siang!
No comments:
Post a Comment