DAP memang tidak boleh dipercayai dan mereka akan mempergunakan Melayu dan menghisap darah mangsanya sehingga tidak mampu bertahan.
Inilah yang berlaku di kem Pakatan Harapan di Johor. Amanah yang kita sedia maklum tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen di Johor yang dikatakan tidak adil dan berat sebelah. Amanah hanya diperuntukkan hanya 3 kerusi Parlimen di Johor berbanding rakan parti baru yang lain seperti PPBM yang mendapat jumlah kerusi yang lebih tinggi dari mereka.
Tindakan Amanah itu bukan sekadar kata-kata sahaja, wakil mereka diarahkan untuk memboikot Kongres Pakatan Harapan yang diadakan baru-baru ini di Shah Alam bagi menyuarakan bantahan mereka kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan.
Kini Amanah Johor mungkin boleh tersenyum lebar kerana DAP telah menawarkan mereka beberapa kerusi Parlimen di Johor untuk Amanah bertanding dan meletakkan calonnya. Namun, DAP menetapkan beberapa syarat dan syarat yang sudah dijangka Amanah terpaksa menggunakan logo parti DAP untuk bertanding di kawasan tersebut.
Adakah ini semua taktik dan permainan DAP dalam mempengaruhi undi orang Melayu dan sekaligus membuat persediaan jika kerusi Perdana Menteri PH tidak mempunyai calon yang layak dikalangan pemimpin Melayu.
Amanah dilahirkan oleh DAP dan kini DAP mahu mencengkam parti serpihan PAS itu untuk dipergunakan untuk kepentingan politik mereka. Awas wahai orang Melayu Johor !!
No comments:
Post a Comment