Tuesday, 9 January 2018

AMANAH DIKETEPIKAN : PEMBAHAGIAN KERUSI PAKATAN HARAPAN TIDAK ADIL


Keputusan pucuk pimpinan Pakatan Harapan dalam isu agihan kerusi menampakkan parti Amanah diketepikan dalam isu ini. Jelas sekali, pembahagian kerusi yang tidak seimbang ini menampakkan bahawa pucuk pimpinan PH tidak menaruh harapan kepada parti Amanah untuk menang kerusi Parlimen. 

Lebih mengejutkan semua lagi, parti yang baru setahun jagung iaitu parti bunga sudah boleh memiliki kerusi yang banyak berbanding parti-parti lain yang lebih lama berkecimpung dalam politik Malaysia. Agihan tidak adil kerusi Parlimen untuk ditandingi Amanah pada PRU14 telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan akar umbi parti.

Kes di Johor umpamanya, Amanah Johor meminta 5 kerusi tetapi Amanah hanya diberikan 2 kerusi. Perkara yang sama juga berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Perak. Pendek kata percaturan Pakatan Harapan itu hanya memanfaatkan parti tertentu sahaja seperti DAP dan PPBM. Amanah dan PKR hanya melukut di tepi gantang apabila Dr Mahathir mula campur tangan dalam Pakatan Harapan!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...