Wednesday, 3 January 2018

DR MAHATHIR LABEL PRESIDEN PAS SEBAGAI KAFIR DAN PENGKHIANAT!


Tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, melabelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO dilihat semakin keterlaluan dan melampaui batas.

Menurut Dr Mahathir, Presiden PAS itu kini dilihat seolah-olah bekerjasama dengan UMNO dan sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, jadi dia 'mengkafirkan' diri sendiri". Tetapi Dr Mahathir mudah lupa bahawa dia sendiri juga mengkafirkan diri sendiri kerana berdampingan dengan DAP bagi memenuhi hasrat politiknya. 

Langkah PAS bertanding sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang tanpa gabungan mana-mana parti pembangkang lain hanya membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan Dr Mahathir hilang kewarasan dan bercakap bukan-bukan mengenai PAS. Jesteru itu, Dr Mahathir mengambil pendekatan ini untuk memburukkan PAS.

Pendek kata, kini Dr Mahathir sanggup berbuat apa sahaja demi untuk melempiaskan nafsu politiknya. Tidak kira ianya betul atau tidak, dia kini sanggup mengkritik parti lawan semata-mata untuk memburukkan kredibiliti dan imej pemimpin dan parti lawan.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...