Kita semua tahu memiliki rumah sendiri sudah pastinya menjadi impian dan harapan setiap orang. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu rakyat dari segenap lapisan golongan bagi memiliki rumah. Antara program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:
1. Program Perumahan Rakyat yang disewakan atau dijual pada harga amat rendah iaitu antara RM 35,000 hingga RM 42,000 dengan kos selebihnya dibiayai subsidi kerajaan terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah.
2. Program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia disediakan dengan kerajaan membina rumah pada kos RM 65,000 iaitu subsidi kerajaan sebanyak RM 20,000 berserta subsidi-subsidi peratus kadar faedah pinjaman.
3. Program Rumah Idaman Rakyat membina rumah atas tanah kurniaan kerajaan negeri atau persekutuan pada harga tidak melebihi RM 350,000 dengan jualan diutamakan yang diwujudkan bagi pembeli Orang Kelainan Upaya atau ibu tunggal.
4. Bagi golongan berpendapatan sederhana (M40), kerajaan menyediakan projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA) yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM 100, 000 hingga RM 400,000.
5. Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang menyasarkan rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan yang ingin membeli rumah pertama mereka. Rumawip dijual pada harga daripada RM63,000 hingga RM300,00.
6. Kerajaan melaksanakan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), terutamanya penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana yang dijual pada harga antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit.
7. Kerajaan memperkenalkan pelbagai skim bagi membantu rakyat memiliki rumah, yang satu daripadanya ialah Skim Rumah Pertamaku bagi membantu golongan muda baru bekerja dengan pendapatan kurang RM5,000 untuk mendapat pembiayaan 100 peratus.
Kesimpulannya Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan program ini mencapai matlamatnya bagi membantu memastikan rakyat merealisasikan hasrat rakyat untuk memiliki rumah di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment