Thursday, 12 April 2018

TUN M MILIKI £65 JUTA (RM357 JUTA). APA PENJELASAN TUN M BERHUBUNG PENDEDAHAN INI? KENAPA DIAM SERIBU BAHASA


Baru-baru ini seorang bekas pegawai khas kepada Menteri Kewangan II, Saiful Bahari Baharom telah menceritakan kisah bagaimana arwah bapanya pernah ‘menyimpan’ wang berjumlah £65 juta milik Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Jika jumlah wang sebanyak £65 juta ini ditukar kepada Ringgit Malaysia mengikut kadar tukaran mata wang asing semasa, ianya kini berjumlah RM357 Juta lebih. Mengejutkan bukan, mana datangnya wang sebanyak ini dan dari manakah wang ini diperolehi? 

Ikuti pendedahan yang telah dikeluarkan bekas pegawai khas kepada Menteri Kewangan II, Saiful Bahari yang mana mempunyai hubungan akrab dengan keluarga Mahathir sejak bekas Perdana Menteri ke-4 itu berkecimpung dalam politik. 

Kisah tersebut ditulis sendiri oleh Saiful yang pernah dahulu berkhidmat sebagai Pengarah Urusan CIMB Securities (HK) Limited, menerusi akaun sosial Facebook miliknya. 

Saiful menceritakan bagaimana arwah bapanya membawa Mahathir ke Ipoh, Perak untuk melindunginya daripada ditahan pihak polis pada 1969 atas arahan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu. 

Dalam pada itu, Saiful mendedahkan bagaimana arwah bapanya dan Almarhum Tunku Abdullah (adinda kepada Almarhum Tuanku Jaafar Negeri Sembilan) menjual saham mereka di dalam Merpati Air. 

Ia merupakan syarikat penerbangan domestik Indonesia dan mereka mendermakan hasil jualan kepada Mahathir untuk meneruskan perjuangan politik beliau sehingga berjaya dilantik menjadi perdana menteri pada tahun 1982. 

Namun begitu, Saiful pada masa sama tidak pula menafikan realiti bahawa Mahathir memang ada pernah membantu ahli keluarganya dari segi kewangan. 

Pada 1987, arwah bapa Saiful telah menjalani pembedahan bypass jantung di Singapura. Pada malam sebelum prosedur itu, arwah telah memanggilnya dan memberitahu satu nombor akaun di atas namanya. 

Ia adalah sebuah bank di London. Jumlah wang di dalam akaun itu adalah sebanyak £65 juta. Arwah telah memberi pesanan kepadanya bahawa duit tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Mahathir. 

Tambah Saiful lagi, sebelum bapanya meninggal dunia beliau sempat memberitahu bahawa duit dari London itu telah pun dikembalikan kepada Mahathir melalui Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Setiausaha UMNO. 

Sama ada wang tersebut digunakan untuk tujuan politik atau peribadi, mengikut penjelasan Saiful dalam Facebooknya, arwah bapanya tidak tahu dan tidak pernah pun bertanya mengenainya. 

Sejak pendedahan ini dibuat, Tun Dr Mahathir masih diam seribu bahasa dalam menjawab isu ini. Adakah Dr Mahathir mahu mengelak daripada menjawab isu ini?

Jika beliau memilih untuk berdiam diri, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam isu ini. Jika beliau jawab sudah pasti banyak lagi pendedahan yang akan terungkai. Fikir-fikirkan. £65 juta bukannya £1 juta! 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...