Perjuangan menegakkan Islam dan orang Melayu hanya dijuarai oleh UMNO dan Barisan Nasional. Pada masa yang sama, kaum-kaum lain juga diberikan hak yang luas bagi memastikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan yang baik dan harmoni.
Umno tidak pernah berputus asa untuk menegakkan perjuangan tersebut, kerana Umno adalah sebaik-baik parti untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu, bumiputera dan yang lebih penting adalah memperjuangkan agama Islam.
Bila dibuat kajian dan perbandingan, dalam gabungan pakatan pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan, mereka sebenarnya tidak pernah ada sekelumit pun memperjuangkan hak Islam dan Melayu.
Adakah penyokong dan pemimpin PH tidak pernah mengkaji sejauhmana PH memartabatkan kedudukan Melayu dan Islam dalam perjuangan mereka?
Barisan Nasional yang berpengalaman selama lebih 59 tahun mentadbir negara sudah terbukti mampu menjamin keharmonian dan menjaga kestabilan antara kaum yang tinggal di dalam negara berlandaskan Perlembagaan Negara yang telah ditetapkan.
Pihak PH hanya tahu melakukan porak peranda dan kekacauan serta memecahbelah perpaduan yang sedia terjalin selama ini melalui hasutan dan fitnah yang mereka cipta.
Kepada pemimpin dan bekas ahli Umno atau Barisan Nasional lain yang masih bersama PH, mahu diingatkan peluang kepada mereka pulang kepangkuan Umno dan BN masih terbuka.
Mereka yang menyokong pembangkang pada hari ini harus sedar bahawa kepimpinan PH pada masa ini sedang bergolak dan masing-masing hanya tamakkan kuasa dan jawatan. Apabila senario ini berlaku, rakyat dan anggota bawahan yang menjadi mangsa.
Ini berbeza dengan kemuafakatan yang wujud di bawah pentadbiran PM Najib dan kerajaan BN dimana semua kaum, bangsa dan agama mendapat hak mereka secara adil. Malah dalam mentadbir kerajaan BN juga sanggup berkongsi kuasa dari seluruh parti untuk menjadikan Malaysia aman dan makmur.
No comments:
Post a Comment