Friday, 5 January 2018

DATUK SERI AZALINA OTHMAN DAN PEJUANG UMNO TOLAK HIDUP BERMADU. BERMADU DALAM POLITIK HANYA MERUGIKAN KITA




Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azlina Othman menyifatkan konsep bermadu dalam politik hanyalah merugikan rakyat. Konsep bermadu dalam politik membabitkan tindakan segelintir masyarakat yang mengundi Adun atau Ahli Parlimen dari wakil pembangkang tetapi tetap mengadu masalah tempatan yang dihadapi kepada pemimpin atau wakil Barisan Nasional.

Kita boleh menerima hakikat bahawa apa juga bantuan dan sumbangan semuanya daripada kerajaan. Tetapi apa yang menyedihkan dan mengecewakan addalah segala bentuk bantuan yang pelbagai yang kerajaan sediakan dan merangkumi segala aspek golongan dan lapisan dilihat sebagai bantuan dan tanggungjawab kerajaan yang benar-benar prihatin YANG PERLU KITA SYUKURI. Mereka ini gagal membezakan sebuah kerajaan yang mampu dan tidak. Sudah pasti kerajaan di negara ini akan memberikan yang terbaik jepada rakyat, tetapi persoalan adakah kerajaan yang mereka pilih mampu dan berfikir kearah kehendak rakyat.

Banyak kerajaan pembangkang dinegara kita yang telah berjaya dimenangi melalui pilihanraya tetapi sekian hari nampak jelas akan ketidakmampuan mereka mengurus tadbir sebuah kerajaan secara bijaksana. Sebagai contoh golongan bangsa Melayu di Pulau Pinang yang sebelum ini dengan angkuh dan sombong menyatakan pendirian untuk menyokong kerajaan DAP.Tapi sehingga hari ini mereka dihimpit oleh masalah tempat tinggal yang dijanjikan oleh kerajaan yang mereka pilih.Lebih parah banyak kawasan2 tinggal mereka diambil dan di bangunkan dengan bangunan2 tinggi yang jauh sekali mampu untuk mereka miliki.

Kesimpulannya kita seharusnya memilih kerajaan yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat. Apa yang pasti hanya satu-satunya kerajaan iaitu Kerajaan Barisan Nasional yang menjaga kebajikan, keperluan rakyat secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...