Friday, 12 January 2018

PAN HANYA BONEKA & MAINAN PARTI DAP PRU14


Semestinya Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai oleh Mat Sabu kini berada dalam ketidak ketentuan apabila pucuk pimpinan negeri mempersoal agihan kerusi dalam Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. Ini kerana pucuk pimpinan negeri PAN mempersoal agihan yang jelas menampakkan agihan yang sangat berat sebelah dalam PH.

PAN kini dilihat menjadi boneka dan mainan DAP. Sia-sia usaha PAN menjadi benteng paling hadapan mempertahankan DAP dalam isu-isu berkaitan umat Islam dan soal Melayu tetapi hanya diberikan 27 kerusi Parlimen untuk bertan­ding pada PRU14.

Jika DAP mahu menjaga PAN sudah pasti parti serpihan PAS ini akan diberikan lebih kerusi Parlimen, setan­ding dengan pengorbanan mereka memecah-belah dan memporak-perandakan PAS tetapi perkara itu tidak berlaku. DAP dilihat cuma mempersoalkan kemampuan PAN dan meminta parti itu menerima keputusan itu seperti mana yang diarahkan Lim Guan Eng baru-baru ini.

Jelas di sini pengorbanan PAN seolah-olah langsung tidak dihargai. Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diberikan kerusi gred C yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN), PAN pula seperti diberikan kerusi gred E di mana majoriti kerusi yang diberikan merupakan kubu kuat PAS dan BN. DAP pula senyum lebar kerana mereka memiliki kerusi gred A!!!





No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...