Friday, 19 January 2018

DAP DAKWA TELUS TETAPI TIDAK BERANI DEDAH SUMBER PEMBIAYAAN POLITIK PILIHAN RAYA UMUM



DAP tidak mahu partinya mendedahkan sumber dana politik wajar dipersoalkan ketika mereka begitu lantang mengkritik UMNO yang sering kali didakwa makan rasuah. Inilah yang mendukacitakan apabila perkara yang melibatkan dana politik ia sesuatu yang sangat sensitif dan atas sebab itulah DAP seharusnya lebih telus dalam mendedahkan sumber pendapatan dan dana yang digunakan bagi membiayai aktiviti politik pilihan raya umum mereka. 

Apa sahaja yang melibatkan aktiviti DAP sudah pasti akan menerima jumlah peruntukan dana yang besar dan selama ini pun DAP sememangnya menerima dana haram untuk membiayai parti politik pada pilihan raya umum di negeri yang mereka perintah. Tetapi lihat sahajalah mereka parti DAP tidak pernah mendedahkan sumber dan jumlah dana yang mereka perolehi selama ini. 

Mereka begitu takut mendedahkan jumlah dan sumber dana yang mereka perolehi sedangkan inilah perkara wajib yang mereka perlu lakukan sebagai satu manifestasi kepada ketelusan, amanah dan keyakinan rakyat terhadap parti sebagaimana yang didokong oleh UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menjawab dari mana datangnya sumber dana maka pelbagai persoalan-persoalan yang timbul dan berbangkit.

Kesimpulannya rakyat boleh menilai sendiri Kerajaan DAP sekiranya mereka telus dan amanah mereka akan memperjelaskan dan mendedahkan dari mana datangnya sumber wang yang mereka perolehi dan bukannya mendiamkan diri seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada diketahui umum.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...