Thursday, 11 January 2018

PAKATAN HARAPAN DIPENUHI PEMIMPIN WAYANG YANG PANDAI BERSANDIWARA


Pakatan Harapan yang diketuai DAP patut menukar namanya menjadi Pakatan Wayang disebabkan sikap mereka yang hanya pandai berlakon dan bersandiwara sesama mereka sendiri. Sandiwara yang dilakonkan mereka ternyata membolehkan mereka memenangi anugerah 'oscar' ataupun anugerah pelakon terbaik masa kini.

Pemimpin Pakatan Harapan bukan sahaja boleh diibaratkan sebagai ‘ja­guh pusingan U’ kerana sanggup menghalalkan sesuatu matlamat demi tujuan politik. Dahulu mereka kata Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak kudis tapi sekarang mereka pula yang menjilat kudis-kudis Mahathir hingga licin.

Sebelum ini puak reformasi bagai hilang akal dan beria-ria pusing satu dunia untuk menolak Mahathir tetapi sekarang mereka ini berlumba-lumba untuk angkat Mahathir! Sudah pasti ramai masih ingat demonstrasi dan kekecohan yang berlaku zaman Mahathir ketika reformasi 98 malangnya semua ini kini sia-sia bila PKR sudah berkawan dengan Mahathir.

Tidak mustahil perkembangan ini khabar berita buat Pengerusi Pakatan Harapan itu dan kini ketawa besar melihat gelagat pemimpin gabungan pembangkang yang berjaya dipukaunya untuk mengikut telunjuknya.

Pendek kata, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dari Parti PKR, DAP dan PAN hanya pandai bersandiwara di hadapan rakyat semata-mata mahu menguasai tampuk pemerintahan negara. Mereka bersekongkol dengan Mahathir demi kuasa dan agenda peribadi bukan demi rakyat!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...