Pada tarikh 25 Mei 2017 portal Malaysiakini telah menjalankan satu kaji selidik mengenai sokongan pembaca mereka mengenai calon Perdana Menteri PH yang dinama adalah Tun. Pada pencalonan tersebut, Tun M mendapat undi tertinggi.
Kami menyeru kepada Malaysiakini agar melakukan survey pada tahun 2018 ini bagi mencari ketepatan kajian mereka ke atas sokongan netizen terhadap pencalonan Tun M sebagai PM Interim PH.
Pasti ramai yang tidak akan bersetuju dan menolak mantan PM tersebut kerana ramai penyokong PH mahukan pemimpin baru dan pemimpin muda menerajui PH dan negara.
Pada masa yang sama skandal yang menyelubungi Perdana Menteri ke 4 itu masih terbayang-bayang lagi diminda rakyat. Ramai juga yang masih marah dengan pentadbiran kuku besi Tun M semasa memerintah selama 22 tahun.
Penangkapan pemimpin utama parti DAP seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim merupakan sesuatu tragedi hitam yang berlaku di dalam politik tanah air pada waktu itu.
Tolak Mahathir dan Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment