Dikhabarkan Fastaqim 2.4 Pas Selangor yang dirancang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor disabotaj Azmin Ali pada saat akhir. Pemberitahuan pembatalan majlis tersebut disampaikan sendiri oleh pihak tertinggi Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kepada urusetia penganjuran.
Apa yang paling menyedihkan ahli PAS, penolakan tersebut semata-mata mahu memberi laluan kepada Pesta Zumba, Karaoke, Live Band, Auto Show dan Cabutan Bertuah di tempat dan tarikh yang sama.
Pemilihan stadium tertutup oleh PAS adalah demi mengelak dari cuaca yang tidak menentu pada masa ini kerana aturcara yang bakal diadakan di sana adalah pelancaran jentera pilihanraya PAS peringkat negeri Selangor.
Namun kerajaan Selangor memberi solusi dengan memberi tempat yang baharu iaitu di Stadium JKR Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam. Mungkin MB Selangor ditekan oleh puak-puak DAP yang tidak sukakan PAS.
Namun, tempat tersebut didapati tidak sesuai kerana stadium tersebut berkonsepkan stadium terbuka. Jika cuaca hujan dan majlis diadakan pada sebelah malam ia akan merumitkan pergerakan pengunjung yang ramai dalam sesuatu masa. Mungkin akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tempat duduk para pengunjung.
Nampaknya kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya terasa aura beribu-rubu penyokong PAS yang bakal hadir dalam Fastaqim 2.4 tersebut. Ini berikutan penganjuran Fastaqim sebelum ini mendapat sambutan hangat dari ahli dan penyokong PAS. Manakala jumlah yang hadir mencecah hampir ratusan ribu orang.
Ditambah pula dengan isu beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen PAS Selangor yang dikatakan akan lompat parti menyertai Pakatan Harapan dan akan bertanding sebagai calon PH pada PRU-14 akan datang.
Kita tunggu gelombang apa yang bakal terjadi kepada PAS selepas penganjuran Fastaqim 2.4 ini. Adakah ada pertukaran barisan kepimpinan PAS di Selangor?
No comments:
Post a Comment