Friday, 12 January 2018

LEBUHRAYA PAN BORNEO AKAN DIKENAKAN TOL JIKA TUN M MEMERINTAH?


Tidak mustahil Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dibina pada masa ini dikenakan tol jika Tun M benar-benar bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri itu memang terkenal dengan jolokan "Pengasas Leburaya" ber TOL di semenanjung dimana memilih syarikat konsesinya dikalangan "kroni" nya sahaja.

Akibat dari perjanjian berat sebelah yang mahu mengKAYAkan barisan kroninya, Tun M sanggup memberi banyak kemudahan dan faedah kepada kroni, tetapi membebankan rakyat dan pengguna lebuhraya dengan memastikan kenaikan harga tol naik setiap 5 tahun sekali.

Kenaikan kadar bayaran tol tersebut amat membebankan rakyat dan menimbulkan kemarahan setiap kali kosnya meningkat. Siapa yang akan menanggung beban yang dibuat oleh Tun M?

Oleh itu, kerajaan Barisan Nasional sehingga kini terpaksa menanggung beban perjanjian berat sebelah tersebut dengan terpaksa membayar pampasan bernilai jutaan ringgit bagi memastikan rakyat tidak dibebankan dengan bayaran tol yang tinggi.

Maka tidak hairanlah sekiranya Tun M menjadi Perdana Menteri semula selepas PRU-14 nanti dia akan mengenakan tol ke atas Lebuhraya Pan Borneo kerana bagi menampung kos perbelanjaan negara yang kurang sebanyak RM41 bilion akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Pakatan Harapan dan Tun M juga berjanji akan memansuhkan kutipan cukai GST dan cukai-cukai lain yang sebelum ini menjadi punca pendapatan utama kepada negara. PH tidak akan dapat mentadbir negara dengan baik jika sistem yang sedia ada ditukar dan dimansuhkan tanpa merujuk kepentingan ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...