Pakatan Harapan sememangnya mengalami masalah serius apabila ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat menjadi calon perdana menteri apabila meletakkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon bagi jawatan itu.
Keputusan memilih Dr Mahathir sebagai calon PM menunjukkan bahawa PH mengalami musim kemarau yang sangat teruk ketika ini kerana tidak dapat mencari pemimpin yang sesuai untuk menjadi calon PM dan terpaksa memilih semula pemimpin tersebut sebagai calon pilihan mereka.
Tindakan itu dilihat seolah-olah menggambarkan pembangkang tidak lagi mempunyai calon yang berkaliber untuk menyandang jawatan nombor satu negara.
Suatu ketika dahulu, pihak pembangkang sememangnya mahu Dr Mahathir disingkirkan dari jawatan PM ketika dia berkuasa dahulu tapi kini segalanya berubah dan malang bagi PH untuk membuat keputusan ini yang diibaratkan sebagai meludah ke langit dan terkena muka sendiri.
Tidak dinafikan bahawa ketokohan Dr Mahathir sememangnya disegani, namun zaman kini bukan masa yang sesuai dan sudah berlalu untuk beliau menjadi perdana menteri lagi.
Rakyat sebenarnya mahukan dan memerlukan seorang pemimpin orang muda yang berkarisma dan konsisten dalam pentadbiran bukannya pemimpin kitar semula.
No comments:
Post a Comment