Tuesday, 16 January 2018

DAP SENANG HATI BILA LIHAT PKR SELANGOR BERGOLAK


Kini persengketaan dan bentakan dalam kalangan kepemimpinan serta akar umbi PKR terhadap pelantikan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan kian menjadi barah dalam pakatan pembangkang.

Tidak dapat dinafikan wujud pendapat berbeza dalam kalangan akar umbi serta kepemimpinan PKR bahawa Mohamed Azmin lebih layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri berbanding Dr. Mahathir yang suatu ketika dahulu merupakan seteru utama parti itu sebelum ini.

Mungkin atas dasar itu, timbul persoalan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan yang beranggapan bahawa tindakan ini merupakan strategi halus Mohamed Azmin untuk ‘membunuh’ karakter politik Dr. Mahathir secara senyap. 

Sebenarnya tindakan inilah yang dimahukan DAP, melihat PKR, PPBM dan AMANAH bersengeketa di kalangan mereka kerana isu calon Perdana Menteri. Lihat saja respon DAP, apa reaksi balas mereka terhadap isu ini?

DAP jelas dilihat lebih berdiam diri dalam isu ini dengan membiarkan saja parti PKR, AMANAH dan PPBM diheret ke kancah persengketaan ini. Mereka sebenarnya senang hati melihat keadaan ini, kerana di Selangor PRU-13 mereka turut memenangi kerusi yang banyak iaitu sebanyak 14 kerusi berbanding PKR 14 kerusi dan Amanah 2 Kerusi. 

Dengan persengketaan ini maka kerusi-kerusi di Selangor akan dijadikan rebutan oleh parti PKR, PPBM dan Amanah yang mana akan menguntungkan DAP selepas ini. 




No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...