Tuesday, 2 January 2018

ISI TERSIRAT MENGAPA DR MAHATHIR MAHU MINTA MAAF PADA LIM KIT SIANG


Bagaikan Singa yang sudah hilang taringnya, Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri sanggup mengadai maruah dan pendiriannya selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan dengan meminta maaf kepada Lim Kit Siang, penasihat parti DAP. Kini tindakan Dr Mahathir bagaikan meludah ke langit dan terkena muka sendiri apabila beliau meminta maaf dengan Lim Kit Siang.

Sudah tentu ramai di antara kita tahu cara dan layanan Dr Mahathir semasa beliau berkuasa dahulu khususnya terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang daripada DAP. Ada yang dihumbannya ke dalam penjara dengan menggunakan undang-undang ISA semata-mata mahu mengawal pemimpin pembangkang yang vokal terhadap corak pemerintahannya. Ops lalang dan Reformasi 98 adalah salah satu contoh terbaik kezaliman yang dibuat Dr Mahathir. Lim Kit Siang juga adalah salah seorang tahanan ISA semasa pemerintahan Dr Mahathir.

Pendek kata, sudah tentu ada niat tersirat yang cuba disembunyikan Dr Mahathir ketika beliau membuat pusingan U dengan meminta maaf pada Lim Kit Siang. Jelas sekali tindakan permohonan maaf itu dilakukan kerana Dr Mahathir memerlukan sokongan DAP untuk mencapai cita-citanya kembali menjadi Perdana Menteri seperti dikehendaki anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM. 

Persoalannya, mengapa kini baru beliau ingin memohon maaf? Mengapa setelah menyertai Pakatan Harapan baru terdetik hatinya untuk meminta maaf. Tindakannya itu sememangnya seperti ada udang disebalik batu! Malah PRU-14 juga semakin dekat, tidak mustahil ianya satu tindakan meraih publisiti oleh Dr Mahathir agar orang-orang Cina bersimpati dengannya bagi mendapatkan undi Kaum Cina. Dr Mahathir mahu kembali berkuasa dengan bersubahat dengan DAP!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...