Thursday, 11 January 2018

PRINSIP PAKATAN HARAPAN BUKAN DEMI MASA DEPAN NEGARA TETAPI UNTUK KUASA





Gabungan pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, ditubuh bukan untuk kebenaran, sebaliknya hanya mempunyai satu matlamat iaitu demi kuasa.

Kedua-dua pemimpin tertinggi pakatan harapan iaitu pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas anggota UMNO, sanggup mengkhianati parti yang pernah dianggotai mereka sebelum ini. Prinsip mereka adalah satu iaitu akan berusaha untuk memecah belahkan UMNO dan orang Melayu.

Kita sepatutnya menolak dan tidak boleh menerima sebuah kerajaan yang bakal ditubuhkan atas asas dan prinsip tamakkan kuasa. Prinsip tersebut adalah bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan di dalam mana-mana negara.

Segala kemajuan, keharmonian dan kebaikan yang dibina kerajaan BN sejak 60 tahun memerintah negara akan musnah jika negara diperintah oleh parti atau gabungan parti yang berasaskan inginkan kuasa.

Orang Melayu sepatutnya bersatu dan berganding bahu untuk menyokong calon-calon BN bagi memastikan kesinambungan kemajuan yang dinikmati selama ini. Orang Melayu juga harus bertindak bijak untuk mengundi pada pilihan raya umum nanti dan bukan memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin yang dikitar semula.

Orang Melayu kini telah berpecah dan mereka kini mempunyai lima pilihan parti yang perlu dibuat dalam PRU nanti iaitu UMNO, PAS, PKR, Amanah dan Bersatu.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...