Friday, 19 January 2018

APA SUDAH JADI? PKR CABANG JELUTONG PILIH KELUAR PARTI KERANA KECEWA DENGAN PERJUANGAN PKR


Apa sudah jadi dengan PKR? Ramai ahlinya memilih keluar parti kerana sudah kecewa dengan perjuangan parti yang semakin mengarut dan bersifat peribadi.

Kecewa dengan perjuangan PKR yang disifatkan tidak konsisten dan sudah hilang arah telah mendorong kira-kira 200 ahli PKR Cabang Jelutong di sini mengambil keputusan me­ning­gal parti itu dan menyertai Parti Bersama Malaysia (MUP).

Tindakan keluar parti itu diketuai Timbalan Pengerusinya, Lee Boon Miin, mereka menye­rahkan borang keanggotaan kepada parti baharu, MUP di bawah pimpinan Presiden MUP, Tan Gin Theam. 

MUP ditubuhkan ia­itu sebagai platform untuk rakyat menyuarakan sebarang rasa tidak puas hati mereka khususnya kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Pakatan Harapan. Oleh kerana itu, mereka memilih menyertai MUP.

Selain tertekan dengan pentadbiran DAP di negeri ini yang disifatkan menindas wakil rakyat PKR, mereka juga kecewa dengan perbalahan sesama pembangkang dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP seperti yang berlaku di Selangor.

Perjuangan politik pemim­pin PKR kini bukan lagi kerana kepentingan ahli-ahli parti sendiri, sebaliknya menyokong penuh keangkuhan pemimpin DAP dan lebih mengecewakan mereka apabila PKR kini menjalin kerjasama de­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kerjasama itu jelas menunjukkan perjuangan PKR kini semakin tersasar kerana asas penubuhannya adalah untuk menentang apa yang didakwa sebagai kezaliman yang dilakukan Dr. Mahathir ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendek kata, ketidaksefahaman yang wujud dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP memperlihatkan se­­olah-olah pembangkang kini hanya wujud pada nama semata-mata. Asas perpecahan semakin ke­tara dalam Pakatan Harapan dan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan mereka pula akan dikenakan pelbagai tekanan. 

Pakatan Harapan sebenarnya goyah dan tidak menentu kerana pemimpin parti komponennya masing-masing mempunyai agenda peribadi. 





No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...