Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS). Namun begitu Mat Sabu sudah tidak lagi bersama parti PAS kerana dia sudah tidak sehaluan dengan parti itu lagi kerana tidak boleh menerima perjuangan PAS yang ditadbir golongan Ulama.
Pada 13 Julai 2015, beliau melancarkan sebuah gerakan NGO bernama Gerakan Harapan Baru (GHB) dan pada 31 Ogos 2015, Mohamad Sabu telah mengumumkan GHB mengambil-alih sebuah parti politik yang tidak aktif, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia selepas usahanya untuk menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri yang kemudiannya ditukarkan menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) yang beliau sendiri menjadi Presidennya yang pertama.
Sebagai Presiden Parti Amanah sudah pasti beliau mahu mencari kerusi yang membolehkannya menang dan mendapat sokongan dari pengundi di kawasannya. Difahamkan dan dikhabarkan bahawa Mat Sabu berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen 111 Kota Raja pada pilihanraya umum ke-14 akan datang.
Berdasarkan kepada demografi pengundi di Parlimen tersebut, majoriti kaum yang mewakili Parlimen Kota Raja adalah berketurunan kaum India dan Cina sebanyak 54 peratus dan 46 peratus bagi kaum Melayu. Jika benar, Presiden Amanah itu akan bertanding di Kota Raja, maka beliau akan mewakili suara kaum India di kawasan tersebut. Pelik kan!
Persoalannya di sini, bersediakah pengundi-pengundi di Parlimen Kota Raja menerima orang luar untuk bertanding di kerusi berkenaan. Dengan rekod buruk Mat Sabu yang sering lompat parti dan kalah di kerusi yang ditandinginya. Adakah rakyat Selangor dan pengundi mahu memberi undi kepada Mat Sabu? Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment