Thursday, 4 January 2018

ISU SKANDAL KERUGIAN FOREX BNM : BILA DR MAHATHIR SUDAH MENJADI KAWAN BAIK KIT SIANG, DIA LUPA DIRI !


Sepanjang karier politik Lim Kit Siang dalam DAP sejak tahun 1966 hingga kini, beliau banyak menulis berkaitan dengan isu politik semasa di Malaysia. Di antara isu yang menjadi topik utama penulisannya ialah berkaitan dengan skandal kerugian Forex RM30 Bilion. Beliau sudah menulis sebanyak 3 buah buku berkaitan isu ini dengan tajuk The BMF Scandal (1984), BMF The Scandal of Scandals (1986) dan The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandals (1994).

Berdasarkan kepada penulisan-penulisan ini jelas sekali bahawa, Lim Kit Siang sangat serius dan beri perhatian kepada permasalahan dan skandal kerugian Forex semasa pemerintahan Dr Mahathir. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengesahkan negara kerugian antara RM15 bilion hingga RM30 bilion dalam skandal tukaran wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an. Kegiatan ini dipercayai berlaku sepanjang 1991 hingga 1993 ketika era pentadbiran Dr Mahathir. 

Di antara petikan kata-kata yang pernah diluahkan Lim Kit Siang, penasihat DAP pada 4 JUN 2012 adalah seperti berikut mengenai skandal tersebut, "Sekiranya pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992. Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa BNM mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi BNM mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993.”

Tapi kini, Lim Kit Siang telah menjadi kawan baik kepada Dr Mahathir dan semakin lupa diri. Hasil penulisannya mengenai isu skandal Forex BNM melibatkan Dr Mahathir bolehlah dibuang ke dalam tong sampah! Perlu diingatkan di sini bahawa skandal Forex BNM ini merupakan satu kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan negara.







No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...