Friday, 29 December 2017

DAP KEJI HINA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA!!! TETAPI KERAJAAN HARGAI ANGKATAN TENTERA!!!




Sebelum ini tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang kononnya pembinaan kem tentera di Sembrong, Johor bermotifkan politik dilihat sebagai politik keji kerana kenyataannya menghina kehormatan anggota tentera di negara ini.  Liew menuduh pembinaan kem tentera di Sembrong bertujuan meningkatkan undian dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional apatah lagi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga adalah Ahli Parlimen Sembrong. 

Ini permainan dan taktik keji DAP mereka bukan sahaja mempolitikkan isu kem tentera malahan mereka mencaci dan menghina para tentera termasuklah kaum keluarga mereka. DAP dan parti pembangkang akan menggunakan gelaran anjing dan sebagainya dengan tujuan untuk memburukkan imej dan reputasi tentera. Keadaan ini sangat mengecewakan dan mendukacitakan kerana tindakan DAP ini langsung tidak menghormati  sesama manusia, apatah lagi golongan tentera yang sanggup menggadai dan mempertaruhkan nyawa mereka menjaga keamanan, keselamatan dan kehormatan negara. 

DAP dan parti pembangkang memfitnah dan mempermainkan kebaikan yang dilakukan oleh para tentera seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia yang dalam masa yang sama menerima bantuan daripada pihak tentera. Kita dapat melihat kebodohan dan keangkuhan mereka ini sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian mereka yang mementingkan diri sendiri serta tidak menghargai kebaikan insan lain. Ini membuktikan mereka adalah musuh kita, musuh dalam selimut Malaysia yang perlu dihapuskan dari terus menjadi barah dan nanah dan akhirnya akan merosakkan nama dan reputasi negara. 

Kesimpulannya syabas dan tahniah diucapkan kepada semua prajurit-prajurit negara yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera, Angkatan Tentera Udara, Laut dan Darat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat Malaysia di atas segala tanggungjawab dan bantuan mereka yang menjaga keselamatan dan kemakmuran negara kita Malaysia.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...