Tuesday, 2 January 2018

MAHFUZ KELUAR PAS TAPI TIDAK BERANI UMUM MASUK PARTI MANA DALAM KOMPONEN PAKATAN HARAPAN


Datuk Mahfuz Omar yang selama ini mempertikaikan kepimpinan partinya PAS, akhirnya mengumumkan keluar daripada PAS, selepas 34 tahun menjadi ahli. Tindakan nekadnya itu membuktikan bahawa beliau sudah tidak tahan bersama PAS.

Walaupun Mahfuz tidak mengumumkan menyertai parti lain termasuk Amanah yang sering didampinginya tindakan ini jelas berniat untuk memberi mesej jelas buat PAS bahawa hatinya sudah tidak lagi bersama PAS.  Jelas sekali, tindakan Mahfuz ini sudah mengkhianati PAS walaupun dalam diam beliau banyak bersandiwara dalam PAS yang beliau sentiasa bersama parti itu.

Apa yang jelas, Mahfuz lebih selesa bersama Pakatan Harapan berbanding dengan PAS, jesteru keputusan ini diambilnya untuk keluar PAS. Langkah ini diambil Mahfuz kerana beliau sedar karier politiknya sudah berkubur dalam PAS.

Bagi menyelamatkan kariernya, beliau terpaksa mengisytiharkan keluar PAS di saat-saat akhir demi untuk memalukan PAS, malah bagi Mahfuz “Pemergian dari PAS adalah untuk negara dan rakyat. Untuk buat satu keputusan terbaik untuk negara dan rakyat.” adalah satu kritikan pedas buat parti PAS.

Ternyata Mahfuz sudah menyimpan lama hasrat untuk keluar parti dan jelas sekali kata-kata sinisnya bahawa pemergiaannya dari PAS adalah untuk negara dan rakyat adalah satu bentuk penghinaan buat parti PAS. Dari dulu lagi Mahfuz sudah tidak setia bersama PAS! Itu sudah PASTI!


No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...