Monday, 22 January 2018

SEKS MANIA ANINA AKUI PARTI BUNGA DITUBUHKAN HANYA UNTUK PECAHBELAHKAN KAUM MELAYU DAN MEMBALAS DENDAM TERHADAP NAJIB BUKAN MEMBELA NASIB RAKYAT



Seks Mania Anina berkata kini semua rakyat sudah boleh melihat wajah dan warna sebenar permainan Atok Madey dan PPBM. Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Atok Madey akan diserang. AGM Parti Bunga pula tiada agenda untuk rakyat, malah agenda mahu memperkasakan parti sendiri pun tiada. Dari mula sampai sekarang pun yang ada hanyalah agenda untuk gulingkan dan jatuhkan Najib semata-mata. Bagi sesiapa yang tidak suka pula akan digelar sampah. AGM parti bunga sendiri tidak ada mesyuarat cawangan, bahagian mahupun  mesyuarat sayap serta srikandinya. Tidak tahu dasar apa yang diperjuangkan jika mesyuarat tidak wujud.

Di mana dasar perjuangan parti bunga kepada rakyat? Apa agenda yang diperjuangkan parti bunga? Sesungguhnya kita semua tertipu dan terpedaya dengan retorik penubuhan Parti bunga dulu, Indah khabar dari rupa, cakap tak serupa bikin parti bunga ini. Seks Mania Anina berkata untuk pengetahuan semua pihak begitu ramai ahli parti bunga keluar parti dan meninggalkan parti bunga tidak pernah didedahkan, kalua didedahkan sekalipun, hanya segelintirnya sahaja. Sedangkan ahli-ahli parti bunga mereka sudah meninggalkan parti bunga secara beramai-ramai. Di Kedah, Perak, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan beberapa lagi negeri. Mereka semua rasa tertipu pada parti yang sebenarnya tiada arah tuju yg sebenar. 

Kesimpulannya agenda untuk parti pun tiada apatah lagi agenda mahu membela nasib rakyat. PPBM Munge ini cuma sebuah parti terdesak. Didalamya hanya ada manusia yang terdesak serta tertubuh hanya berpaksikan kepada rasa kecewa dikalangan pemimpinnya dan untuk membalas dendam sahaja. Tak lebih dari itu pun.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...