Thursday, 18 January 2018

KEMPEN SECARA SENYAP "ASALKAN BUKAN MAHATHIR" TELAH BERMULA DIKALANGAN PENYOKONG PAKATAN HARAPAN



Ada sekumpulan orang yang tidak suka dengan Barisan Nasional (BN) tetapi pada masa yang sama mereka benci Dr Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, mereka enggan menyokong Pakatan Harapan (PH) walaupun sebelum ini kebanyakan mereka merupakan pengundi pembangkang.

Ada antara mereka kini yang berkempen supaya rakyat memboikot atau merosakkan undi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Walaupun bilangannya kecil, suara mereka lantang di media sosial.

Bagi mereka, walaupun Dr Mahathir kini bersama PH, sukar untuk mereka melupakan dosa-dosa politik beliau sewaktu menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981.

Bagi mereka, tiada maaf bagi Dr Mahathir yang dianggap diktator sewaktu era Malaysia bangkit sebagai kuasa ekonomi Asia Tenggara sepanjang 1990-an tetapi dipenuhi dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Bagi mereka, dalam PRU akan datang ini, segala-galanya adalah “asalkan bukan Dr Mahathir”. Golongan ini yang kebanyakannya menganggap diri mereka pejuang demokrasi seolah-olah tidak peduli lagi sama ada Perdana Menteri Najib Razak kekal berkuasa bersama BN jika PH gagal menumbangkan rejim tersebut.

Yang penting bagi mereka, tolak Dr Mahathir. Biarlah sesiapa pun memegang kuasa, asalkan bukan Dr Mahathir. Mantan Perdana Menteri itu terlibat dalam proses yang mencacatkan demokrasi dan melumpuhkan kebebasan serta menyekat peluang saksama untuk semua rakyat.

Walaupun kononnya detik PRU-14 ini menjadi penentuan bagi membuka lembaran baru untuk Pakatan Harapan, namun kehadiran Dr. Mahathir dalam kelompok pembangkang semakin menghuru harakan mereka. Wujud juga wira yang mengajak penyokong pembangkang, sama ada memboikot PRU, merosakkan undi atau memburukkan PH.

Semuanya semata-mata mereka membenci Dr Mahathir, si tua yang amat mereka takuti kembali berkuasa dan bakal menggerakkan semula rejimnya yang dulu.

Terima kasih kepada penyokong pembangkang kerana menolak Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Interim kamu.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...