Cara berfikir Mahathir lain dari apa yang telah dijanjikannya dengan Pakatan Harapan. Mahathir dikatakan akan berhenti sebagai Perdana Menteri hanya setelah Mukriz berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh 7 tahun dari tempoh namanya diumumkan.
Ini juga bermakna dia akan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri. Tetapi bagaimana? Kalau ikut cara Mahathir berfikir ialah melalui tiga cara.
Pertama, dia akan menasihatkan Yang DiPertuan Agung bahawa Anwar tidak boleh diampunkan kerana jenayah liwat adalah adalah jenayah berat.
Kedua, dia akan pastikan lebih separuh daripada Ahli Parlimen akan menyokongnya kekal sebagai Perdana Menteri jika ada usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen.
Ketiga, Mahathir boleh menyalahgunakan National Security Council Act 2016 untuk mengumumkan “State of Emergency” jika dia merasakan kedudukannya terancam. Mahathir ada pengalaman dalam hal ini. Dia pernah menyalah gunakan ISA dalam Ops Lalang 1987 apabila kedudukannya terancam.
Dia boleh recycle balik apa yang dia pernah lakukan dulu kerana bekas musuh tegarnya sendiri yang recycle dia untuk menjadi Perdana Menteri “sementara”.
Sebenarnya mengikut gaya berfikir Mahathir, “sementara” adalah bermaksud, satu tempoh sehingga Mukriz dapat dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Inilah risiko melantik Perdana Menteri recycle. Masuk lubang biawak kali kedua.
No comments:
Post a Comment