Monday, 8 January 2018

DAP CUBA ALIHKAN ISU MENIMPA PARTI MEREKA DENGAN MEMAINKAN ISU CALON PERDANA MENTERI PH & MEREKA BERI KERUSI LEBIH KEPADA PARTI BERSATU SEOLAH-OLAH DAP PARTI YANG MENYOKONG MELAYU


Parti DAP adalah sebuah parti yang licik dan penuh muslihat. Jesteru itu, pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nga Kor Ming, Tony Pua, Teresa Kok dan ramai lagi sememangnya dikenali sebagai pemimpin yang suka mencari helah dan tipu daya untuk memburukkan pemimpin negara selain melaga-lagakan orang Melayu. Tidak mustahil, pelbagai helah sedang digunakan menjelang pilihanraya umum ke-14 nanti dan salah satu daripadanya adalah isu penamaan calon Perdana Menteri dan agihan kerusi.

Ramai di antara kita tidak sedar bahawa DAP kini sedang bermain psikologi dengan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu sedang dibutakan oleh DAP dan mereka sedang dipermainkan oleh DAP. Dengan menfokuskan kepada kedua-dua isu ini maka isu melibatkan DAP boleh dialihkan dan dilupakan. 

Oleh yang demikian DAP kini sebenarnya menggunakan helah terkini untuk mengaburi orang Melayu. Mereka beri Dr Mahathir keutamaan menjadi Perdana Menteri Sementara agar rakyat tidak melihat isu DAP. Mereka juga beri kerusi lebih kepada BERSATU kerana mahu mengalihkan isu DAP seperti isu rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng, isu perpecahan dalaman DAP, isu kelemahan parti dan banyak lagi. Taktik ini digunakan agar rakyat menfokuskan isu kepada BERSATU yang memperlihatkan DAP pro Melayu dan boleh bekerjasama dengan parti Melayu.

Rakyat sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sedang dipermainkan oleh DAP yang menggunakan helah ini bagi mengaburi rakyat dengan memainkan isu calon perdana menteri dan agihan kerusi. Mengapa saya katakan bahawa ini adalah mainan psikologi DAP! Pakatan Harapan (PH) yang memberi lampu hijau kepada BERSATU bertanding kerusi paling banyak di Semenanjung berbanding parti lain seperti DAP, PKR dan Amanah sebenarnya hanya satu helah buat DAP. 

Perlu diingatkan bahawa, kerusi-kerusi selamat yang ada pada DAP sudah dipegang dan diambil parti DAP. Mereka tahu mereka lebih cenderung untuk menang di kawasan bandar oleh itu mereka tidak risau memberi kerusi yang banyak kepada BERSATU walaupun hanya bertanding 35 kerusi di tanah Semenanjung. Jijik sungguh permainan DAP! Isu Perdana Menteri dan agihan kerusi dalam PH sebenarnya batu loncatan buat mereka untuk menonjolkan diri secara senyap dan halus!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...