Dikhabarkan ramai rakyat yang tidak gembira dan kecewa terutamanya golongan REFORMIS yang mendengar ucapan penggulungan kongres Pakatan Harapan. Dalam peggulungan yang dibuat oleh Wan Azizah, PH sebulat suara mencalonkan Tun M sebagai calon PM Interim mereka.
Ada suara yang mengatakan Tun M tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri PH kerana faktor usianya yang hampir mencecah 100 tahun. Mereka mendakwa Tun M sepatutnya berehat dan menumpukan kepada kerja-kerja amal ibadah untuk dibawa bekalan ketika di dalam kubur nanti.
Selain itu, mereka yang kecewa ini juga mendakwa PH sebenarnya ramai pemimpin muda yang layak dan berwibawa (mengikut pandangan merekalah). Bila dinilai semula, nama yang dikemukakan mereka juga sebenarnya tidak layak dari segi 'attitude' dan sikap amanah untuk menjaga rakyat dan negara.
Jika PH mengumumkan nama anak muda atau pemimpin muda mereka yang belum mencecah umur 50an, sebenarnya mereka itu akan terjerumus dengan sikap dan tingkahlaku Tun M ketika memerintah sewaktu ketika dahulu.
Pemimpin muda PH sebenarnya tidak layak kerana dianggap tidak matang, diktator, kurang pengalaman politik dalam mentadbir sebuah kerajaan yang sebenarnya terus berhubung dengan dunia luar melibatkan ekonomi, politik dan sosial seantero dunia. Maka dipilihlah orang tua seperti Tun M yang kini berumur 94 tahun.
Cukuplah dengan 22 tahun rakyat tersepit dengan pemerintahan Tun M. Cakap pusing-pusing, penindasan kepada rakyat, kronisme dan nepotisme perlu dihentikan dari terus menjadi amalan kepada mereka yang gila dan tamakkan kuasa.
No comments:
Post a Comment