Banyak kali kita dengar penglibatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor yang dikaitkan dengan isu rasuah. Ada yang sedang dibicarakan dan ada kroni mereka yang sedang meringkuk di dalam tahanan kerana rasuah.
Tapi apabila kita mengungkap kata-kata Tun M yang menyatakan "Kalau lama sangat jadi Perdana Menteri nanti korup" ianya menjadi tanda tanya adakah pemerintahannya selama 22 tahun tiada satu pun kegiatan rasuah atau korup.
PM Najib baru menjawat jawatan nombor satu negara selama 9 tahun dan beliau sudah membuktikan bahawa dirinya mampu membawa Malaysia ke persada dunia. Hanya 9 tahun itu juga PM Najib terpaksa memperbetulkan pentadbiran negara akibat pentadbiran dan dasar yang tidak banyak menguntungkan negara.
Tidak perlu melihat jauh, tidak sampai dua penggal Ketua Menteri Pulau Pinang mentadbir Pulau Mutiara itu, dia sudah terpalit dengan gejala rasuah dan tadbir urus yang meragukan. Isu banglo dan isu terowong dasar laut menjadi tumpuan lensa sejak 2 tahun kebelakangan ini.
Azmin Ali yang dilantik PAS sebagai Menteri Besar gantian pula sering melaksanakan dasarnya menggunakan proksi dan keluarga terdekat. Prinsipnya biar mereka yang ditangkap asalkan bukan dirinya. Azmin Ali sering terlepas dari pelbagai tuduhan rasuah walaupun netizen tahu perancangan tersebut bermula dan digerakkan oleh MB Selangor itu sendiri. Isu pasir Selangor amat dekat dihati pemerhati politik masa ini.
Kata-kata Tun M mengenai tempoh masa yang lama tidak perlu diukur selama 22 tahun. Hanya berpandukan 5 tahun sudah cukup menilai adakah pemimpin itu baik atau pemimpin yang dipilih itu hanya pandai main politik semata-mata. Kemudian pemimpin tersebut hanya pandai mengambil kesempatan harta benda kerajaan dan negara untuk kepentingan peribadi dan keluarga.
Tun M kena periksa orang disekelilingnya sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana orang disekelilingnya lebih teruk dari apa yang dia sangkakan selama ini.
No comments:
Post a Comment