Friday, 8 September 2017

MANA WAKIL KAUM INDIA DALAM PAKATAN HARAPAN? P. RAMASAMY PERTIKAI STRUKTUR ORGANISASI PAKATAN HARAPAN

Struktur organisasi Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan susunan pucuk pimpinan yang tidak seimbang dan telah mengabaikan kebajikan kaum India di negera ini seolah-olah kaum India tidak memberi sebarang sumbangan dalam PH.

Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan mereka lebih baik namun, malangnya sejak 2008, peluang untuk kaum India semakin hilang di bawah pentadbiran Pakatan pembangkang.

Ini boleh dilihat apabila kaum India terus diabaikan dan amat malang sekali bagi kaum India kerana mereka tidak mempunyai wakil di dalam organisasi tertinggi dalam PH Pusat malah juga dalam struktur organisasi PH di Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang contohnya, DAP terus menunjukkan sikap dominan dalam puak Pakatan Harapan apabila wakilnya membolot enam daripada sembilan jawatan yang diperkenalkan dalam Struktur Organisasi Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang.

P RAMASAMY BERSUARA, MANA WAKIL INDIA DALAM PH?

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang selama ini menjadi wakil kaum India turut disisihkan kali ini.

Inilah sikap parti rasis dan cauvinis DAP dan kerakusan sesetengah pemimpin-pemimpin PH yang sejak dahulu sudah diketahui mahu memonopoli pakatan pembangkang itu atas prinsip mereka mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen walaupun mereka menafikan perkara itu.

Malah, Sebuah parti baru yang baru sahaja ditubuhkan kurang daripada setahun mempunyai 5 wakil, sedangkan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia selama 54 tahun tidak diberikan peluang dalam struktur organisasi Pakatan Harapan.

Jelas sekali, Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang berat sebelah dan hanya mempunyai agendanya yang tersendiri. Tidak mustahil kaum-kaum minoriti di negara ini seperti kaum India, bumiputera Sabah dan Sarawak akan disisihkan serta dipinggirkan mereka.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...