DAP telah menggadaikan logo roket mereka sendiri kepada Dr. Mahathir dan memberi kuasa kepada Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu untuk menentukan bagaimana DAP menjalankan kempen pilihan rayanya.
Disebabkan Dr. Mahathir, DAP tidak boleh menggunakan logo mereka sendiri dan ini telah mengecewakan ramai ahli serta penyokong DAP. Rata-rata penyokong DAP berasa DAP sudah tiada hala tuju. Dikawal oleh Dr. Mahathir dan tidak lagi berpengaruh dalam Pakatan Harapan.
Dr. Mahathir dilihat individu yang menentukan penggunaan logo dalam pakatan tersebut kerana pernah menyatakan bahawa parti-parti dalam gabungan itu akan menggunakan hanya satu logo pada pilihan raya umum akan datang.
Malah, salah satu sebab DAP bersetuju menggunakan parti logo lain adalah ekoran pelbagai skandal dalam DAP seperti ‘ibu segala skandal’ di Pulau Pinang melibatkan kes Guan Eng didakwa di mahkamah, skandal bernilai berbilion melibatkan terowong serta banjir dan tanah runtuh.
Logo roket DAP kini telah tercemar di mata pengundi. Jalan terakhir untuk menyelamatkan imej DAP, maka mereka sanggup mengadai logo mereka untuk kepentingan politik mereka sahaja dan bukannya demi rakyat.
Rakyat tidak lagi mempercayai logo roket dan kerana itu, jika DAP bertanding menggunakan logo tersebut pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan berdepan dengan kekalahan PRU-14 nanti.
No comments:
Post a Comment