Felda telah mengumumkan mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos, kata Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad.
Pemilikan semula hak milik kesemua 16 plot tanah, yang melibatkan empat transaksi jual beli dilakukan pada Disember 2015 dan November 2016, diperoleh menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Felda dan SPSB di ibu pejabat Felda.
Namun, pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang dilaksanakan di tanah itu akan tetap diteruskan kerana pihak pemaju telah memperoleh perintah pembangunan sebelum transaksi tukar hak milik tanah dilakukan.
Beliau berkata, semua perkara berhubung projek KLVC bergantung kepada perjanjian pembangunan yang telah ditandatangani antara anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC) dan SPSB pada Jun 2014.
Kepentingan dan maruah Felda ke atas tanah tersebut terjamin selepas Tan Sri Shahrir Samad mengambil tindakan drastik bagi menyelematkan tanah tersebut. Pada masa yang sama, beliau juga adalah "HERO FELDA" kerana dapat mempertahankan tanah tersebut dari tergadai kepada syarikat berkenaan.
Selain itu, Felda juga dikatakan bakal menerima benefit hasil dari perjanjian tersebut kerana Felda bakal mendapat pembayaran tunai sekurang-kurangnya berjumlah RM500 juta atau 10 peratus daripada nilai keseluruhan pembangunan projek itu, mana satu lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, siasatan ke atas Laporan Polis yang telah dibuat pada 12 Dis 2017 yang lalu di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) akan diteruskan. Felda berhasrat tidak akan menarik balik siasatan berkenaan bagi memastikan punca salah laku pemindahan milik yang dilakukan secara tidak sah dan bukan mengenai projek itu.
No comments:
Post a Comment