Thursday, 11 January 2018

SELEPAS DIPERLAKUKAN SEPERTI 'ANJING KURAP' SELAMA 20 TAHUN, BARU DR MAHATHIR AMBIL BERAT HAL ANWAR!


Semestinya Zaman Reformasi 1998 masih menjadi satu episod segar dalam ingatan pemimpin dan penyokong tegar PKR. Zaman kejatuhan Anwar Ibrahim dalam politik negara apabila Dr Mahathir memutuskan untuk melucutkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir yang dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang jawatannya. Banyak tindakan kezaliman yang telah dilakukan Dr Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. Beliau dipenjarakan, ditumbuk, dihina, dicaci, diperkotak-katikkan dan diperlekehkan ketika zaman Dr Mahathir.

Individu yang menahan dan memenjarakan Anwar Ibrahim kini bakal jadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan semula. Pemimpin yang suatu ketika dahulu menganggapnya seperti anjing kurap yang mendatangkan bahaya kepada politik Dr Mahathir.

Kini pemimpin yang suatu ketika dahulu memalukan Anwar Ibrahim di negara mahupun dunia akhirnya diangkat sebagai Ketua Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri andai kata mereka menang dan diberi mandat oleh rakyat untuk PRU14.

Tindakan Dr Mahathir yang mahu berjumpa Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras sebagai tanda untuk mengucapkan terima kasih kerana tidak membantah dan menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri adalah semata-mata kerana mahu mencari publisiti murahan. 

Lawatan yang dibuat tanpa mengikut prosedur dan permohonan secara bertulis dengan Jabatan Penjara bersama Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim memperjelaskan lagi tindakan tersirat mereka ini yang mahu mencari publisiti sahaja. 

Perlu diingatkan di sini, status Anwar adalah seorang banduan dan bukan pesakit Hospital maka logik akalnya beliau tidak boleh dilawat sesuka hati. Takkan seorang negarawan seperti Dr Mahathir tidak tahu menahu prosedur ini. Tepuk dada tanya selera. Tindakan Dr Mahathir bagai udang di sebalik mee!



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...