Dr Zamihan Mat Zin meminta Tun M bertaubat dan belajar agama bagi menebus kesalahan beliau sepanjang memerintah negara, dan bukannya terus sibuk berpolitik.
"Orang tua umur 93 tahun patut masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-banyak, bertaubat. Minta maaf kepada semua manusia di atas kesilapan lalu dan buat amal jariah banyak untuk akhirat patutnya.
"Tak payah politiklah kalau tua bangka dekat nak mati ni," katanya dalam satu wawancara langsung di laman Facebook Watan Online.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu menjawab soalan mengenai cadangan Pakatan Harapan menamakan Tun M sebagai Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Dalam jawapannya itu, Zamihan turut menuduh Tun M sebagai pemimpin yang merasakan "dirinya saja dan orang lain semua salah" kerana katanya penglibatan bekas perdana menteri itu dalam politik hanyalah kerana mahukan kesenangan duniawi semata-mata.
"Sebab itu dia melihat orang lain bodoh belaka, dia seorang saja yang cerdik. Orang lain tak pandai, tak bijak, fikir selapis, mana boleh fikir begitu. Masa berkuasa dia buat macam-macam. Hingga sanggup keluarkan arahan yang melukakan hati rakyat, yang meragut nyawa rakyat.
"Tapi bila orang lain perintah kita kata tak setuju, tak maju. Kemudian nak buat 'comeback' balik pada masa penghujung usia sebab dulu kita berkuasa dengan niat tak betul. Hamba kepada dunia. Ini sesuatu yang tak patut bagi saya," kata beliau lagi.
Pakatan Harapan nampaknya semakin di kecam kerana Tun M. Nampaknya populariti PH semakin merudum dan berkecamuk apabila bekas Perdana Menteri itu yang menentukan hala tuju mereka.
No comments:
Post a Comment