Dalam pembukaan sidang Parlimen semalam, Ahli Parlimen DAP dilihat tidak memakai songkok hitam yang menjadi sebahagian protokol jika memakai sut gelap. Ini menimbulkan kemarahan kepada pemerhati politik yang mendakwa mereka ini sudah mula tidak menghormati undang-undang kerana mereka yakin menang dalam PRU-14 nanti seterusnya dapat menguasai kerajaan.
Walau bagaimanapun perkara ini adalah titik tolak kepada penyokong pembangkang agar membuka mata mereka dimana pemimpin DAP merupakan mereka-mereka yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati majlis rasmi yang dihadiri oleh Yang DiPertuan Agong.
Pemakaian sebenarnya perlu diwajibkan sebagai menunjukkan rasa hormat Ahli Parlimen terutama kepada Yang di-Pertuan Agong yang merasmikan majlis pembukaan berkenaan. Tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang enggan mengenakan pakaian terbabit semalam disifatkan sebagai kurang rasa sensitif dan tidak hormat terhadap kemuliaan Dewan Rakyat.
Kalau tidak hormat siapa lagi nak hargai dan jaga kemuliaan Parlimen dengan menghormati peraturan yang ditetapkan?.
Pemberontakan ahli parlimen pembangkang dengan tidak memakai baju istiadat ini bermula pada sesi pembukaan Dewan Rakyat yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 2015, majoriti ahli Parlimen pembangkang memakai pakaian hitam sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu dipenjarakan atas kesalahan liwat.
Speaker Dewan Rakyat sepatutnya mengambil tindakan tegas ke atas Ahli Parlimen yang gagal mematuhi etika pemakaian tersebut kerana ianya dianggap biadap dan kurang sopan ke atas YDPA yang merasmikan majlis perasmian pembukaan tersebut.
No comments:
Post a Comment