Masih adakah penjawat awam yang mahu sokong Pakatan Harapan? Kalau ada sekalipun, maka elok sajalah penjawat awam berhenti kerja sahaja. Penjawat awam lebih suka tengok kakitangan awam hidup susah dan merana sebagaimana zamannya dahulu.
Kononnya Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP membuat kenyataan akan menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.9 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.
Penjawat awam akan dibuang kerja jika DAP dan Pakatan Harapan berjaya menguasai dan mengambil alih pentadbiran negara. Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali sekiranya Pakatan Harapan mengambil alih negara kita.
Banyak manfaat penjawat awam perolehi di bawah Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Ini belum termasuk insentif lain termasuk perumahan, penambahbaikan jawatan kontrak ke jawatan tetap dan struktur gaji penjawat awam yang lebih baik. Banyak yang penjawat awam nikmati zaman Datuk Seri Najib.
Oleh itu kenapa hendak sokong perjuangan DAP untuk buang kakitangan awam? Bagi mereka yang masih menyokong Pakatan Harapan terutama yang berkerja sebagai penjawat awam, maka mereka sebenarnya tidak ubah seperti sedang 'menggali lubang kubur sendiri'.
Mereka tolong cangkul sekarang. Bila DAP datang nanti, terus DAP dan Pakatan Harapan tolak masuk dalam kubur. Akan kena timbus hidup hidup sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam jika DAP berkuasa.
Kesimpulannya banyak lagi agenda DAP yang mahu buang kakitangan awam ini. Bagi mereka yang masih menyokong Pakatan Harapan terutama yang berkerja sebagai penjawat awam, maka mereka sebenarnya tidak ubah seperti sedang 'menggali lubang kubur sendiri'.
No comments:
Post a Comment