Thursday, 18 January 2018

RAKYAT MALAYSIA BANGGA JIKA ADA ANAK MUDA DAN GRADUAN YANG BERDIKARI UNTUK MEMAJUKAN DIRI SENDIRI



Sebagai seorang negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya memperlekehkan usaha anak muda yang menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam perniagaan walaupun hanya menjual nasi lemak kerana ia juga mampu menjana pendapatan lumayan.

Mereka ini adalah penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara walaupun perusahaaan yang mereka lakukan adalah secara kecil-kecilan.

Perkara itu sekali gus menolak tanggapan negatif pihak tertentu bahawa graduan universiti yang menjual nasi lemak adalah sesuatu yang memalukan dan tidak boleh dibanggakan. Mereka sekurang-kurangnya berusaha dan bekerja keras untuk mencari rezeki.

Perkara ini adalah sesuatu yang bagus kerana ia memupuk sikap graduan untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang akhirnya mampu membuatkan mereka menjana pendapatan sendiri.

Rakyat Malaysia juga berbangga kerana mempunyai anak muda dan graduan yang mahu keluar dari kepompong selesa mereka semata-mata mahu memajukan diri mereka sendiri. Ini sekaligus dapat mengelak daripada mereka terjerumus dari gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah, maksiat dan aktiviti yang tidak bermoral.

Masyarakat sepatutnya memberikan galakan dan bukannya hanya pandai menuding jari sebagaimana Tun M nyatakan di dalam ceramahnya tempoh hari. Selain menghina golongan ini, Tun M berkata pekerjaan yang dilakukan graduan tersebut menunjukkan kurangnya kerja berpendapatan tinggi.

Usah dilayan kata-kata dari Tun M kerana ianya akan meruntuhkan semangat anak muda Malaysia yang mahu maju membina empayar perniagaan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...