Tuesday, 16 January 2018

KEBODOHAN DAN KEBENCIAN MAHATHIR UNTUNGKAN DAP



Mahathir dan pemimpin DAP sedar mereka kini semakin ketandusan modal untuk berhadapan dan berlawan dengan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum nanti. Atas sebab itulah, bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada membicarakan kekalutan dan permasalahan dalam Pakatan  Harapan, mereka mempergunakan dan memperalatkan Mahathir untuk mewujudkan isu-isu dengan menyerang dan melawan UMNO habis-habisan. 

Tidak hairan Mahathir tolak konsep ketuanan Melayu kerana Mahathir sedar perjuangan orang Melayu tidak dapat dilaksanakan dalam Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan hanya mendukung konsep Malaysian Malaysia yang akan membelakangkan Melayu. Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan UMNO, kerajaan Barisan Nasional dan kedudukan orang Melayu. 

Tindakan Mahathir ini menguntungkan dan menggembirakan DAP, mereka tidak lagi perlu bersusah payah mencari bahan atau modal untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong parti itu dan Pakatan Harapan. DAP amat memahami selama ini sebelum keberadaan PPBM dalam pakatan pembangkang, mereka teraba-raba mencari 'alat’ untuk meraih sokongan orang Melayu. Mahathir menubuhkan PPBM dan bersedia menggadaikan prinsipnya akibat dipengaruhi sentimen kebencian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, DAP bagaikan 'orang mengantuk disorongkan bantal’.

Kesimpulannya politik kebencian oleh Dr. Mahathir akhirnya bukan sahaja akan menyebabkan DAP angkuh malah akan terus menguntungkan parti itu kerana tiada apa yang perlu mereka risaukan kerana Dr. Mahathir pernah berkata, "Kita boleh panggil diri kita “tuan” tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan menjadi kuli kepada mereka, memanggil diri kita tuan tidak bermakna.’’

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...