Baru-baru ini Pakatan Harapan mengadakan konvensyen pada 7 Januari 2018 bertempat di Ideal Convention Centre Shah Alam. Konvensyen tersebut hanya merupakan medan untuk pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan memuji-muji mereka sendiri, mengutuk-ngutuk musuh-musuh Pakatan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Semalaya (PAS).
Selain itu, Pakatan turut mengumumkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan pengumuman yang sama dibuat pada Disember dan mendapat tentangan daripada ahli-ahli Pakatan Harapan.
Apa yang menariknya adalah Mahathir telah menyingkirkan Anwar Ibrahim pada 1998 dan seterusnya memenjarakan bekas timbalan beliau. Sebagai tindakbalas, Anwar Ibrahim telah melancarkan reformasi untuk menentang Mahathir. Gerakan reformasi ini akhirnya membawa kepada penubuhan Parti KeADILan yang akhirnya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia membentuk Parti Keadilan Rakyat.
Parti Keadilan Rakyat bekerjasama dengan DAP dan PAS membentuk Pakatan Rakyat dan berjaya memenangi 31 kerusi parlimen di dalam PRU Ke-12 dan 30 kerusi parlimen di dalam PRU Ke-13. Sepanjang penubuhan parti tersebut pada 2003 sehingga sekarang, parti berkenaan tidak pernah melupakan sejarah reformasinya.
Sehinggalah pada 7 Januari 2018.
Pengumuman Mahathir sebagai calon PM sekiranya Pakatan memenangi PRU Ke-14 jelas menunjukkan bekas perdana menteri yang menyingkirkan Anwar Ibrahim telah berjaya mendominasi sepenuhnya Pakatan Harapan dengan bantuan sekutu barunya Lim Kit Siang. Sementara itu, Wan Azizah hanya mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri manakala ‘wira-wira’ PKR hanya menggigit jari dan terpaksa memakan dedak Mahathir.
Pada 1998, Mahathir telah berjaya menyingkirkan Anwar dari Barisan Nasional. Pada 2018, Mahathir telah berjaya menyingkirkan Anwar dari Pakatan Harapan.
Mahathir calon PM Pakatan Harapan. Reformasi? Lebih tepat lagi Reform-mati.
Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.
Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.
No comments:
Post a Comment