Isu calon perdana menteri Pakatan Harapan sememang menjadi
satu isu yang hangat dan sensitif kepada pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
Rakyat juga tertanya-tanya sehingga ke hari ini siapakah bakal diangkat sebagai
Perdana Menteri di kalangan pemimpin Pakatan Harapan. Sehingga kini, pemimpin
pembangkang masih berdolak dalik dan memberikan banyak alasan untuk memilih
calon yang paling sesuai untuk menjawat jawatan eksekutif nombor satu negara
itu.
Awal Disember lalu, pimpinan tertinggi Pakatan Harapan bersetuju
untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar dan presiden PKR, sebagai
calon timbalan perdana menteri. Tetapi respon negatif diterima PKR dan
penyokong-penyokongnya di atas pencalonan tersebut.
Ini kerana selama ini, PKR sejak zaman Reformasi 98 sudah
lama menolak kepimpinan Dr Mahathir dan kisah silam pemimpin itu yang rakus
sehingga menyebabkan Anwar dipenjarakan juga menjadi salah satu faktor yang
mendorong PKR menolaknya untuk dijadikan perdana menteri semula.
Jika benar Dr Mahathir diangkat semula menjadi Perdana
Menteri, sudah pasti ianya akan menjadi satu bahan jenaka dan politik kartun di
mata dunia. Bila diimbas kembali di era pemerintahan Dr Mahathir, pemimpin
pembangkang seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan
ramai lagi kerap mengkritik dan mencaci corak pemerintahan Dr Mahathir yang
zalim.
Nampak gaya jika benar pengumuman Dr Mahathir sebagai calon Perdana
Menteri oleh pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ahad ini maka pusingan U
yang diambil pemimpin-pemimpin pembangkang sebenarnya akan mengundang bencana
buat Pakatan Harapan. Apa boleh buat, pemimpin kitar semula juga yang didahulukan,
pemimpin pembangkang tidak pernah mahu belajar dari kesilapan mereka!
No comments:
Post a Comment